Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir

13 Dec 2024 • 7:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Badr Abdelatty

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Mesir, Dr Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.

Dalam mesejnya kepada Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, Abdelatty memuji tindakan pantas kerajaan Malaysia dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas.

Beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap ketabahan dan kekuatan rakyat Malaysia dalam menghadapi krisis ini.

"Mesir bersama Malaysia dalam masa yang sukar ini. Kami bersama anda," kata Abdelatty. Salinan surat itu dikongsi dengan Bernama oleh Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur.

Bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia telah mencetuskan pelbagai tindak balas kecemasan daripada pihak berkuasa tempatan serta sokongan antarabangsa. - Bernama