Menteri Nafi Saman Trafik Tertunggak Menyebabkan Subsidi BUDI95 Ditarik

LocalPolitics
10 Dec 2025 • 10:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam kami memetik laporan The Malay Mail yang mengatakan sekiranya saman JPJ tidak dibayar sebelum penghujung 2025, subsidi Budi 95 pengguna akan ditarik untuk tahun depan. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook kini telah menafikan dakwaan ini menurut laporan Bernama.

image is not available

Beliau berkata saman tertunggak dan kelayakan subsidi petrol BUDI95 adalah dua mekanisme yang berbeza serta beroperasi secara berasingan. Kelayakan menerima BUDI95 pada waktu ini hanyalah merupakan warganegara Malaysia dan memiliki lesen memandu yang aktif. Masih tiada perancangan untuk mengenakan tiada saman tertunggak sebagai syarat dalam masa terdekat.

Sungguhpun saman tidak menjejaskan subsidi BUDI95, Anthony Loke masih menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi undang-undang trafik demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Subsidi bersasar BUDI95 yang dimulakan sejak 30 September membolehkan petrol RON95 dibeli pada harga RM1.99 seliter dengan kuota 300 liter sebulan untuk pengguna kereta serta motosikal. Had BUDI95 800 liter sebulan pula diberikan kepada pemandu seru-pandu sepenuh masa dengan syarat jarak minimum perjalanan sebanyak 5,000km sebulan. Tanpa subsidi ini, harga petrol RON95 ialah RM2.66 seliter.