Menteri : Pendaftaran Kad-SIM Prabayar Akan Guna Pakai MyDigital ID Bermula Pada Hujung Tahun 2025

LocalTechnology
10 Sep 2025 • 5:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini berkongsi mengatakan pendaftaran kad-SIM untuk talian prabayar akan mengguna-pakai MyDigital ID, berkuat-kuasa penghujung tahun 2025 ini. Penggunaan MyDigital ID ini sekaligus akan menambah-baik dan mempercepatkan lagi proses pendaftaran berbanding penggunaan MyKad secara manual.

Menteri mengatakan pelaksanaan ini akan dilaksanakan menjelang November atau Disember 2025 ini.

Tidak setakat itu, kerajaan juga akan menilai kepada aspek-aspek melibatkan kad-SIM, termasuk jumlah kad-SIM yang boleh didaftarkan oleh seseorang pengguna. Menurut menteri, pada hari ini, seseorang boleh mendaftar sehingga 5 kad SIM dengan satu syarikat telekomunikasi. Secara kasar, dengan 12 syarikat telekomunikasi, ia membolehkan pengguna mendaftar sehingga 60 kad SIM. Namun, perkara ini juga dijangka disalahguna atau membuatkan pengguna terdedah kepada penipuan dan salah guna identiti. Kerajaan sedang meneliti dan menilai aspek berkaitan perkara ini.

View Original Article