Menteri Pengangkutan Singapura Letak Jawatan, Didakwa Atas 27 Kes Rasuah

18 Jan 2024 • 4:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Menteri Pengangkutan Singapura Letak Jawatan

Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran letak jawatan sebagai menteri kabinet dan ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Selasa.

Memetik laporan CNA, Iswaran didakwa di mahkamah hari ini atas pelbagai kesalahan, beberapa bulan selepas siasatan ke atas beliau didedahkan kepada umum.

Antara kesalahan yang dilakukannya adalah menerima rasuah dan mendapatkan barang berharga sebagai penjawat awam.

Menteri Pengangkutan Singapura letak jawatan

Foto: Berita Harian

Dalam pada itu, Iswaran mengaku tidak bersalah ke atas 27 pertuduhan ke atas dirinya yang berkait dengan urusan bersama hartawan Ong Beng Seng.

Difahamkan, Ong memiliki hak untuk Grand Prix (GP) Singapura dan juga merupakan pengerusi promoter perlumbaan GP Singapura.

Menurut laporan, Iswaran telah menerima rasuah lebih S$166,000 (RM782,939) penerbangan, penginapan hotel dan tiket ke persembahan bagi memajukan perniagaan jutawan tersebut.

image is not available

Gambar hiasan

Pada masa yang sama, beliau turut dituduh memperoleh barang berharga bernilai S$218,000 (RM1,028,197) dalam simpanannya yang turut dikaitkan dengan Ong serta syarikatnya.

Lelaki berusia 61 tahun itu hadir ke bangunan mahkamah bersama peguam dari Davinder Singh Chambers dan diketua oleh Peguam Kanan Davinder Singh.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Iswaran tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pertuduhan yang dihadapinya.

Sumber: CNA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved