Menteri Perdagangan Indonesia Tenang Ulas Isu Boikot Di Malaysia - "Ini Cuma Sementara"

LocalPolitics
14 Oct 2026 • 11:38 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Menteri Perdagangan Indonesia Tenang Ulas Isu Boikot Di Malaysia - "Ini Cuma Sementara"

Menteri Perdagangan Indonesia, Budi Santoso tampil tenang memberikan ulasan berhubung seruan untuk memboikot produk Indonesia di Malaysia, lapor CNN Indonesia

Beliau menafikan bahawa boikot terhadap produk Indonesia yang kini berlaku di Malaysia dan berpendapat isu itu hanya berlaku buat sementara waktu.

Respon Budi Isu Boikot Produk Indonesia Di Malaysia

"Saya rasa tiada boikot. Mungkin perkara ini hanya berlaku buat sementara waktu.

"Kami juga sudah berhubung dengan wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) dan tiada masalah,” katanya selepas merasmikan program Bulan Literasi Perdagangan Hadapan Komoditi (PBK) 2026 di Jakarta

Budi berkata, kerajaan Indonesia sudah berhubung dengan pihak berkaitan menerusi KBRI.

Beliau turut memastikan perkara itu tidak menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Sebelum ini, seruan untuk memboikot produk Indonesia tular di media sosial Threads susulan persaingan antara pasukan kebangsaan Indonesia dan Malaysia dalam kejohanan Piala ASEAN FIFA 2026.

Seruan boikot itu tercetus selepas seorang pengguna Threads, berkongsi senarai jenama makanan dan minuman milik Indonesia yang beroperasi di Malaysia serta mengajak orang ramai memboikot produk berkenaan.

Baca juga:

Menurut laporan detikFinance, pengguna berkenaan menjelaskan bahawa seruan itu bukan berpunca daripada isu kekalahan dalam perlawanan bola sepak, sebaliknya dikaitkan dengan dakwaan penghinaan.

Pengguna itu mendakwa tindakan berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia, sambil menyatakan bahawa kesabaran mereka ada batasnya.

Budi berkata, berdasarkan komunikasi dengan perwakilan Indonesia di Malaysia, isu itu tidak menimbulkan masalah besar terhadap hubungan perdagangan kedua-dua negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved