Menteri : Perkhidmatan Seru-Pandu Dengan Sistem “Bidaan” Harga Tidak Pernah Diluluskan Kerajaan

TechnologyDigital
12 May 2024 • 2:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kini menyatakan kerajaan tidak pernah membenarkan sebarang perkhidmatan seru-pandu dengan sistem yang menawarkan bidaan harga untuk pemandu dan pengguna.

Tiada sebarang nama perkhidmatan dinyatakan buat masa ini. Ia dikatakan terdapat beberapa perkhidmatan seru-pandu yang semakin popular di pasaran, dimana pemandu boleh menyatakan harga untuk perjalanan, sebelum pengguna memilih atau “membida” harga. Perkara ini dikatakan membawa kepada “berat sebelah” lebih kepada pemandu, dan bukannya sama rata antara pemandu dan pengguna.

Menteri menyatakan APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat) telah diarahkan untuk menyiasat sistem yang digunakan antara beberapa pemandu perkhidmatan seru-pandu di pasaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved