Menteri Pesan Orang Ramai Ambil Gambar Jika Ternampak Pemandu Lori, Bas Pecut Atas Jalan Raya

LocalPolitics
25 Jun 2025 • 9:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Menteri Pengangkutan meminta orang ramai merakam gambar sekiranya ternampak pemandu lori atau bas memecut di atas jalan raya!

Itu antara pesanan daripada Menteri Pengangkutan,Anthony Loke. Menurunya, tindakan segera akan diambil oleh pihaknya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

“Sekiranya lihat ada lori atau bas yang dipandu laju di atas jalan raya, ambil gambar menggunakan telefon pintar. Seperti yang berlaku beberapa hari yang lalu, ada satu video tular melibatkan sebuah syarikat bas ekspres yang dipandu dengan laju dan selepas ia memotong kenderaan lain, pemandu itu tunjukkan isyarat lucah kepada orang yang mengambil video tersebut.

image is not available

“Jangan ingat video yang ditularkan itu tidak berkesan, ada orang kata (mereka) dah buat aduan kepada JPJ, tak diambil tindakan. Saya tengok video itu sahaja terus saya WhatsApp kepada Ketua Pengarah JPJ dan Ketua Pengarah APAD untuk ambil tindakan dan APAD terus menggantung syarikat tersebut,” katanya menerusi sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan, petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada tindakan APAD menggantung Lesen Pengendali Kenderaan Perkhidmatan Awam milik Star Mart Ekspress Sdn. Bhd. selama 30 hari bermula 3 Julai ini susulan video tular pemanduan berbahaya pemandu bas ekspres syarikat itu pada 12 Jun lepas.