Menteri: RM9.6 juta diperuntuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan

6 Jun 2023 • 10:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KOTA BHARU, 5 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 39 klinik di seluruh Kelantan dikategorikan sebagai klinik daif untuk kerja baik pulilh tahun ini melibatkan peruntukan bernilai RM9.6 juta.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata klinik yang telah dikenal pasti itu membabitkan sebanyak lapan klinik desa, 18 klinik kesihatan dan 13 klinik pergigian.

Beliau berkata bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek, KKM telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Projek Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif yang berperanan untuk memantau pelaksanaan projek di setiap negeri.

“Menerusi lawatan kerja ke Kelantan tempoh hari, saya berpeluang meninjau sendiri keadaan beberapa buah klinik daif berkenaan.

Semoga segala perancangan projek berjalan lancar demi keselesaan petugas kesihatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat Malaysia. Doakan semoga segala usaha kami dipermudahkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

–BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved