Menteri Sabah Terjatuh Di Tandas KLIA, Kepala Cedera Hingga Terpaksa Dijahit

LocalPolitics
23 Nov 2026 • 2:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Menteri Sabah Terjatuh Di Tandas KLIA, Kepala Cedera Hingga Terpaksa Dijahit

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala selepas tergelincir di tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Jamawi berkata kejadian berlaku ketika beliau menggunakan tandas berhampiran Bilik Bunga Mawar di ruang menunggu VIP KLIA.

Menurutnya, beberapa kenalan menghubunginya selepas melihat gambar beliau dengan kepala berbalut tuala yang dipenuhi darah, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai keadaannya.

Image from: Menteri Sabah Terjatuh Di Tandas KLIA, Kepala Cedera Hingga Terpaksa Dijahit

"Sebenarnya berlaku kemalangan kecil ketika saya menggunakan tandas berhampiran Bilik Bunga Mawar di ruang menunggu VIP KLIA.

"Permukaan tandas yang licin menyebabkan saya tergelincir dan kepala terhentak ke lantai. Terima kasih doktor dan jururawat yang bertugas di Menara Medical Clinics KLIA yang merawat dan menjahit luka tadi," katanya.

Baca juga:

Susulan kejadian itu, Jamawi turut meminta pihak pengurusan Malaysia Airports mengambil langkah penambahbaikan bagi memastikan permukaan lantai tandas tidak terlalu licin.

Beliau juga mencadangkan supaya laluan kecemasan ke klinik berhampiran KLIA disediakan dengan lebih baik, selain latihan kecemasan diberikan kepada kakitangan bertugas.

Menteri Sabah Terjatuh Di Tandas KLIA

Katanya, langkah berkenaan penting bagi memastikan bantuan dan rawatan awal dapat diberikan dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Walaupun mengalami kecederaan dan menerima rawatan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu tetap meneruskan perjalanan pada jam 1.05 tengah hari selepas selesai lawatan kerja di Brasilia, Brazil.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved