Menteri : Setiap Hari, Sekitar 10 Kes Buli Siber Berlaku Di Malaysia

TechnologyDigital
23 Oct 2024 • 9:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Komunikasi kini berkongsi dapatan statistik oleh SKMM, mengatakan terdapat sekitar 10 kes buli siber yang berlaku di Malaysia, setiap hari. Angka berkenaan adalah hanya untuk kes buli siber sahaja, dan belum mengambil kira kes-kes jenayah lain secara atas-talian, termasuk penipuan, perjudian, dan sebagainya.

image is not available

Dalam usaha untuk menanganinya, kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian tidak lama lagi di Dewan Rakyat. Langkah ini juga adalah sebagai usaha untuk menjamin perkhidmatan internet yang lebih baik, serta mengekang aktiviti jenayah di media sosial.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pembentangan RUU berkenaan dalam masa terdekat, dan sama-sama memastikan persekitaran internet yang sihat dan selamat di Malaysia.