Menteri: TH kerjasama dengan SKMM, polis banteras pakej haji palsu

20 Apr 2025 • 4:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 20 APRIL: Lembaga Tabung Haji (TH) akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis dalam membanteras penipuan pakej haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia membabitkan kandungan atau iklan dalam talian yang menawarkan pakej palsu sekali gus memperdaya umat Islam yang berhasrat untuk menunaikan ibadah berkenaan.

Beliau berkata arahan juga sudah diberikan kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Syed Hamadah Syed Othman untuk memantau rapat kes membabitkan penipuan.

image is not available
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Dr Mohd Na’im Mokhtar berucap sempena majlis penyempurnaan Kursus Perdana Haji (KPH) peringkat negeri Selangor 1446H di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 20 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Dalam masa sama, saya seru supaya mereka yang berhasrat untuk menunaikan haji dan umrah untuk membuat semakan, dalam konteks umrah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) ada sistem yang menyenaraikan ejen bertauliah.

“Dalam konteks haji pula kita ada 37 penyelia jemaah haji yang diberi tauliah dan lesen oleh Tabung Haji, oleh itu orang ramai perlu buat semakan supaya tidak tertipu,” katanya selepas Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor 1446H di sini hari ini.

Mengulas mengenai jemaah haji Selangor bagi tahun 1446H, Mohd Nai’m berkata daripada 8,338 jemaah, daerah Hulu Langat mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,771 orang, diikuti Petaling (2,593) dan Gombak (645).

Selain itu, Klang (640), Sepang (452), Kuala Selangor (371), Kuala Langat (330), Hulu Selangor (309) dan Sabak Bernam (227).

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved