Menteri : U Mobile Perlu Capai 80% Liputan Rangkaian 5G Menjelang Tahun Pertama Operasi

LocalTechnology
13 Nov 2025 • 11:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menyatakan U Mobile perlu meliputi 80% kawasan berpenduduk dengan rangkaian 5G, menjelang tahun pertama operasinya. Angka berkenaan perlu berkembang mencapai 95% kawasan berpenduduk menjelang tiga tahun operasi.

image is not available

Angka dan sasaran ini adalah berdasarkan kepada perancangan perniagaan oleh U Mobile. Sebelum ini, U Mobile telah memulakan operasi rangkaian 5G sejak 14 Julai 2025 yang lepas. Sebelum ini, ia dikongsikan liputan 5G U Mobile telah mengatasi angka 58.2% kawasan berpenduduk.

Sebelum ini, kerajaan telah beralih kepada pelaksanaan dwi-rangkaian 5G di Malaysia. Dimana rangkaian pertama dibangunkan oleh DNB, sementara rangkaian 5G kedua pula akan dibangunkan oleh U Mobile.