Menteri: UiTM kekal untuk Melayu, Orang Asli, anak Sabah, Sarawak

26 Jun 2024 • 1:01 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 26 JUN: Dasar penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk kaum Melayu, Orang Asli serta anak Sabah dan Sarawak kekal bagi merapatkan jurang antara kaum terutama aspek sosio ekonomi kata menteri pengajian tinggi.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata laporan Kongres Ekonomi Bumiputera tahun ini menunjukkan terdapat jurang ekonomi melibatkan Bumiputera dari segi purata pendapatan bulanan, pegangan ekuiti korporat, kadar kemiskinan, pengeluaran tenaga mahir serta kelayakan profesional.

“Malah kadar miskin mutlak dalam kalangan Bumiputera masih memerlukan usaha secara berterusan untuk diperbaiki.

“Dengan tertubuhnya UiTM, lebih ramai anak Bumiputera memperoleh peluang menyambung pengajian dan mengisi pelbagai jawatan sama ada sektor awam mahupun sektor industri.

“Ini keperluan dalam meningkatkan kualiti hidup serta mengubah nasib mereka termasuk dalam sektor pekerjaan berstatus profesional seperti doktor, akauntan, peguam, jurutera dan lain-lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh bertanya sama ada kerajaan bercadang membenarkan bukan Bumiputera menuntut di UiTM dengan meminda Akta UiTM 1976.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved