Menu Gabungan Asia Dan Barat, Nikmati Makanan Enak Di Restoran Parsley Miri

21 Jan 2024 • 2:23 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Makanan di sini semuanya sedap!

Menu Gabungan Asia Dan Barat, Nikmati Makanan Enak Di Restoran Parsley Miri. Bagi orang Miri mahupun sesiapa yang singgah ke Bandaraya Miri, anda wajib cuba makanan di Restoran Parsley di sini.

Menyediakan menu gabungan Asia dan Barat, pelbagai sajian enak menarik dan Halal yang anda boleh cuba di sini.

image is not available
Menu Gabungan Asia Dan Barat, Nikmati Makanan Enak Di Restoran Parsley Miri

image is not available
Kredit gambar: FB Afiqah Syahindah

Menu menarik yang anda boleh cuba di sini

Antara menu menarik yang anda boleh cuba di sini adalah Chili Butter Mussels with Mantao, Pasta Aglio Olio, Salmon Steak Fried Rice, Corned Beef Fried Rice, Laksa Sarawak dan banyak lagi.

Selain daripada sajian utama mereka, Restoran Parsley juga ada menyediakan kek pencuci mulut yang lazat seperti Nuttella, Chocolate Moist dan Cheddar Cheese.

image is not available

Salah satu port makan kegemaran penduduk tempatan

Restoran Parsley sering menjadi pilihan popular untuk majlis-majlis khas, perjumpaan santai, mahupun makan malam romantis. Pelanggan kebanyakkannya terdiri daripada penduduk tempatan yang ingin menikmati sesuatu yang berbeza dari masakan biasa.

Menjadi salah satu port makan kegemaran penduduk tempatan di sini untuk menikmati sajian enak dengan suasana yang selesa, anda perlu masukkan Cafe ini di dalam wishlist anda.

Terletak di Jalan Parry, Miri, jangan lupa bawa keluarga dan juga rakan-rakan anda untuk mencuba menu lazat di sini.

Maklumat penting

Lokasi: 6a, Jalan Parry, 98000 Miri, Sarawak

Waktu operasi: 10am-12am

Hubungi mereka: +60 14-684 2434

Lagi port makan menarik di Miri untuk anda:

https://www.iloveborneo.my/restoran-dalam-bas-dengan-gaya-vintaj-nikmati-rasa-keunikan-tempat-makan-di-beware-cafe-miri/

https://www.iloveborneo.my/makan-malam-romantis-sambil-menikmati-pemandangan-di-langit-ketahui-sky-garden-miri/