“Menu Rahmah Rahmatullah Dah” – Komen Netizen Mulut Celupar Di Berita Kematian Allahyarham Salahuddin Undang Kritikan

24 Jul 2023 • 10:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Malam tadi, negara dikejutkan dengan berita pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub sekitar jam 9.23 malam semalam.

Allahyarham sebelum ini mengalami kemerosotan kesihatan sebelum dikejarkan ke hospital pada Jumaat lalu.

Pemergian arwah diumumkan sendiri oleh anak perempuannya, Fatihah Salahuddin menerusi satu hantaran di Facebook di mana Salahuddin telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah setelah menjalani pembedahan otak.

Berita pemergian Allahyarham sudah pasti menimbulkan perasaan sedih terutamanya dalam kalangan rakan politik dan penyokong parti Amanah terutamanya serta seluruh rakyat Malaysia.

Namun, sikap sesetengah individu di media sosial yang biadab dan bermulut celupar ketika meninggalkan komen mengenai pemergian arwah menjadi buah mulut warga maya sejak semalam.

Ramai netizen berasa tidak puas hati dan geram dengan sikap individu yang tidak mempunyai simpati dan sempat memperolokkan kematian seseorang meskipun berbeza fahaman politik.

Kata mereka, ada tempat dan waktu yang sesuai untuk bertelagah tentang perbezaan fahaman politik atau mahu menunjukkan rasa tidak puas hati, namun bukan ketika seseorang itu dilaporkan meninggal dunia seumpamanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 13 hours ago

(TAKZIAH) Wujudkan Menu Rahmah, Salahuddin Ayub Meninggal Dunia Selepas Pembedahan Otak