
Sehingga Jun 2023, lebih daripada 36,000 pokok pelbagai jenis telah berjaya ditanam oleh Sawit Kinabalu meliputi ladang yang berada di bawah seliaanya di seluruh negeri. Usaha murni dan ikhlas daripada sebuah syarikat berkaitan kerajaan GLC yang telah memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan program penghijauan Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2021. Program Penghijauan Malaysia adalah sebuah inisiatif yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan penanaman pokok dan kehijauan di seluruh negara. Tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan pemuliharaan alam sekitar, mengurangkan kesan perubahan iklim, serta meningkatkan kualiti udara dan kehidupan manusia.
Melalui Program Penghijauan Malaysia, pelbagai aktiviti penanaman pokok dijalankan di kawasan-kawasan strategik seperti kawasan hutan, taman-taman negara, kawasan bandar dan desa, serta kawasan terbiar. Penanaman pokok termasuklah pokok hutan, pokok buah-buahan, dan pokok hiasan. Program ini juga melibatkan pelbagai pihak, termasuk kerajaan, agensi alam sekitar, masyarakat setempat dan sektor swasta. Dengan kerjasama ini, lebih banyak pokok dapat ditanam dan kehijauan dapat dikekalkan dengan lebih berkesan.
Diharapkan melalui Program Penghijauan Malaysia, Malaysia dapat mencapai sasaran untuk meningkatkan penutupan hutan dan kawasan hijau, serta menyediakan persekitaran yang lebih sihat dan lestari untuk generasi akan datang. Pengawal Penasihat Perladangan dan Pertanian Sawit Kinabalu, Khairul Azhan Othman, berharap inisiatif seperti ini dapat meningkatkan pemahaman terutamanya di kalangan warga agensi kerajaan, pemain industri generasi muda, dan badan bukan kerajaan tentang pemeliharaan, pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar.
Penanaman pokok ini sudah berlangsung sejak tahun 2003, dan data dari penghijauan semula menunjukkan bahawa lebih kurang 700,000 pokok telah ditanam, jauh melebihi sasaran 100 juta pokok. Ini menunjukkan komitmen Sawit Kinabalu kepada alam sekitar dan komitmen ini akan terus mereka teruskan. Inisiatif ini telah mendapat pengiktirafan dari pihak glc yang sangat dihargai dalam mencapai sasaran penanaman 40 juta pokok di Sabah melalui program penghijauan Malaysia menjelang tahun 2025.

Menurut Jurumin Ebin yang merupakan Pegawai Perhutanan Wilayah Sandakan, Sawit Kinabalu telah mencatatkan pencapaian sebanyak 36,175 pokok untuk tahun ini dan usaha ini masih diteruskan untuk mencapai sasaran tersebut.
Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, pada 6hb Julai 2023 telah ditanam sebanyak 519 pokok dalam program di pusat konservasi Sungai Pin Kinabatangan yang turut melibatkan murid-murid dari Sekolah Kebangsaan SK Batu Putih dan SK Paris Kinabatangan. Sawit Kinabalu berharap bahawa melalui usaha berterusan ini, mereka dapat memberikan sumbangan besar dalam menjaga kepelbagaian pokok dan alam sekitar yang penting bagi kehidupan masyarakat Sabah.
Artikel ini merupakan penyuntingan daripada penulis sendiri di bawah hak milik First Nurture Sdn Bhd yang merupakan pihak penasihat bagi Sawit Kinabalu Business Leadership Academy (SKBLA).
Laguvendran Sandran adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.

