Menyajikan Italian Fast Food Di Kuching, Anda Perlu Cuba Restoran Borneo Panini Ini

18 Feb 2023 • 2:11 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Restoran ini menyajikan pelbagai jenis panini yang lazat.

Menyajikan Italian Fast Food Di Kuching, Anda Perlu Cuba Restoran Borneo Panini Ini. Untuk anda di luar sana yang ingin mencari port makan baru yang best di Kuching, janganke mana-mana, baca artikel ini sampai habis kerana kami ada cadangan untuk anda.

Menyajikan menu makanan Itali iaitu Panini, Borneo Panini merupakan restoran baharu di Kuching yang bertempat di Lot 34, China Street.

image is not available
Menyajikan Italian Fast Food Di Kuching, Anda Perlu Cuba Restoran Borneo Panini Ini. Kredit foto: FB Borneo Panini

image is not available
Kredit foto: FB Borneo Panini

Menu makanan menarik menanti anda

Apa yang istimewanya di sini adalah, mereka menyediakan panini iaitu sandwich terkenal dari Itali dengan aneka inti yang lazat. Jadi kalau anda inginkan menu makanan segera tetapi lebih sihat dan lazat, anda perlu singgah di sini.

Menu panini yang anda perlu cuba di sini adalah Pulled Beef Panini, Rendang Beef Panini, Curry Chicken Panini, Nutella Panini dan Classic Kaya & Butter Panini. Menu lain seperti Smoked Duck Salad, Grilled Chicken Salad dan French Fries juga ada di sini.

image is not available
Kredit foto: FB Borneo Panini

Menu minuman yang refreshing

Untuk menu minumannya pula, anda boleh menikmati Refreshing Watermelon, Pineaple Sours , BP Hazelnut Coffee, Hot Tea With Milk dan aiskrim pun ada juga di sini.

Suasana restoran yang selesa menjadikan Borneo Panini ini port lepak yang best bersama rakan-rakan dan juga orang tersayang.

Jadi tunggu apa lagi, cepat singgah ke Borneo Panini untuk menikmati makanan enak.

Lagi port makan best di Kuching untuk anda di sini: