Menyala tonjol sisi berbeza Stacy

LocalEntertainment
7 Dec 2024 • 12:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

MENYALA, pertaruhan terbaru Stacy Anam, menjadi manifestasi sisi berbeza bintang kelahiran Negeri di Bawah Bayu itu.

Stacy yang menyelitkan elemen Sabah dalam single itu berkata, Menyala turut menggabungkan rentak reggaeton, rock dan kesan dramatik yang turut menjurus kepada pengaruh Nusantara.

“Lagu Menyala ini dicipta bermula daripada siulan melodi yang mempunyai dua penyampaian perasaan berbeza.

“Pada awalnya ia lebih lembut dan seterusnya bertukar ke unsur rock yang lebih bertenaga.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more “Terjemahan liriknya pula dihasilkan melalui feel melodi lagu tersebut dan dihabiskan dalam satu cerita,” ujar Stacy, yang bakal mementaskan konsert di Sabah tahun depan.

Katanya yang turut dikenali dengan nama pena Bunga Cantik, single terbabit merupakan hasil ciptaannya sendiri dan mendapat sentuhan suami Akim atau Hang Nadim di bahagian liriknya.

“Proses menghasilkan lirik lagu Menyala tidak mengambil masa yang lama kerana kami masing-masing memahami tujuan dan isi lagu.

“Inspirasi untuk menghasilkan lagu ini lebih kepada kreativiti yang terinspirasi dari kesungguhan dan imajinasi bentuk persembahan secara langsung.

“Manakala liriknya pula diisi mengikut mood lagu iaitu dengan mencari titik tengah dalam meniti kehidupan dan juga meresap ketenangan, tidak kira dalam susunan muzik yang santai mahu pun ke susunan muzik yang lebih keras,” jelasnya lagi. STACY tampil dengan pertaruhan terbaru, Menyala.

Menurut juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu lagu, lirik Menyala pula lebih kepada mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa beringat dan berpada-pada dalam melakukan sesuatu hal.

“Macam saya sendiri, saya banyak menggunakan peringatan ini ketika membuat persembahan. Untuk mendapatkan keadaan sederhana ketika beraksi bersama penari, saya memerlukan ketenangan dan fokus yang jitu.

“Tak kisahlah dalam kehidupan atau apa sahaja perkara, kita perlu ada ketenangan ikut bersama.

“Dan kalau pada penyampaian menerusi muzik lagu ini sendiri, dia lebih kepada susunan graf momentum muzik,” tambahnya.

Saat ditanya tentang harapan buat karya ini, Stacy hanya mahukan yang terbaik dari peminat dan pendengar.

“Semoga lagu ini mendapat tempat di halwa pendengar terutama sekali pengikut dan penyokong muzik saya.

“Lagu Menyala berbeza dengan lagu-lagu saya yang ada sebelum ni namun masih tetap atas landasan muzik Stacy. Semoga single ini turut dapat mewarnai industri muzik tempatan,” katanya.

Menyala, yang menyaksikan kerjasama antara Sony Music Entertainment Malaysia, Alternate Records dan Rhythm & Rhyme Entertainment, boleh didengari di semua platform digital bermula esok (8 Nov).

Muzik video Menyala pula sudah boleh ditonton bermula Khamis.