“Menyanyi & Berlakon Semestinya Tak” – ‘Reject’ Tawaran Masuk TV, Khairul Aming Enggan Lari Dari Bidang Sebenar

28 Aug 2023 • 1:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, pempengaruh yang sangat disayangi ramai iaitu Khairul Aming telah menepati ramalan apabila dia memenangi Creator Of The Year untuk TikTok Awards 2023, semalam.

Biarpun berjaya mencipta nama di setiap platform media sosial, Aming sama sekali tidak terfikir untuk menceburi nasib dalam program televisyen.

Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman berkata platform media sosial adalah tempatnya dan juga merupakan cara untuk dia menghargai peminta yang sejak awal telah memberi sokongan hingga dikenali ramai.

Katanya, dia tidak mahu lari dari bidang sebenar iaitu menjadi content creator di media sosial tetapi mungkin di masa akan datang, Aming akan cuba memasuki program yang ada di TV.

Namun menyanyi dan berlakon semestinya tidak. Mungkin hanya program di bulan Ramadan.

Temubual itu telah didapati sewaktu Aming menghadirkan diri di majlis Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang berlangsung di Pusat Pameran Perdagangan Malaysia (MITEC), pada Ahad malam semalam.

image is not available 10 hours ago

"Kena Ada Banyak Ilmu, Ada Adab, Common Sense..." - Ucapan Padu Khairul Aming Di TikTok Awards Dipuji Ramai