‘Menyejukkan Kalbu Setiap Insan’, Puisi Karya Anak Sarawak Dapat Pujian PMX

28 Apr 2024 • 4:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

PMX puji puisi anak Miri Sarawak

‘Menyejukkan Kalbu Setiap Insan’, Puisi Karya Anak Sarawak Dapat Pujian PMX. Baru-baru ini, di X Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memuatnaik perkongsian menarik ketika dalam pesawat menuju ke Riyadh.

Dalam perkongsian itu, beliau berkata beliau sempat menelaah buku dan majalah The Economist dan Dewan Masyarakat Bil 2: 2024.

image is not available
‘Menyejukkan Kalbu Setiap Insan’, Puisi Karya Anak Sarawak Dapat Pujian PMX. Kredit gambar: The Sun

Menelaah Dewan Masyarakat

Beliau memilih untuk menelaah Dewan Masyarakat dan amat kagum dengan bahasa, mutu karya dan pilihan rencana menarik dengan tema ‘debat hujah’ yakni usaha mendorong ke arah wacana segar berlandaskan hujah dan fakta serta menolak ketaksuban dan fitnah.

Puisi pilihan yang beliau sempat baca iaitu karya Azibal, anak Sarawak dari Miri yang berjudul ‘Bahasa Tanpa Kasta’ dikatakan mengalirkan jernih budi, menyejukkan kalbu setiap insan, menyeberangi sempadan benua, usia dan zaman.

image is not available
Kredit gambar: X @anwaribrahim

PMX masih rajin membaca buku

Netizen pula rata-ratanya berasa kagum dengan Datuk Seri Anwar yang masih lagi rajin untuk membaca buku bertauliah sedemikian.

Ramai juga di bahagian komen yang berkata setelah melihat perkongsian PMX itu, mereka pula turut bersemangat untuk membaca.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: