
Usahawan dan pelawak, Shuib mendedahkan bahawa dia mendengar terlalu banyak cerita dan ‘cakap-cakap’ belakang mengenai perniagaan air minuman Bubblebee miliknya.
Kata pelawak itu, ada yang mempertikaikan bahawa kedai tersebut sebenarnya lubuk ‘mencuci’ duit haram dan ditaja oleh Freemason.
Perkara tersebut dijelaskan ketika perjumpaan bersama individu yang telah memfitnah dia dan arwah isterinya berkenaan isu Freemason, baru-baru ini.
Jelas Shuib, perniagaannya telah menjana RM150 juta selama 3 tahun dan sudah pun mempunyai puluhan cawangan di seluruh Malaysia.
Tegasnya, segala keuntungan adalah daripada jualan minuman tersebut.
View this post on Instagram
Malah, disebabkan tuduhan tidak berasas yang menjadi bahan bualan netizen di media sosial itu, ada pekerja meluahkan rasa menyesal kerana bekerja di kedai minuman milik pelawak tersebut gara-gara meragui keberkatan dan sebagainya.
Dengan penjelasan tersebut, Shuib berharap agar segala kenyataan berbaur fitnah yang ditujukan kepada perniagaannya itu dihentikan dengan segera.
"Semua Tahu Arwah Siti Sarah Dipaksa Untuk.." - Dituduh Ahli 'F' Konspirasi Vaksin, Shuib Ambil Tindakan Undang-Undang
The post “Menyesal Kerja Kat Situ” – Shuib Jawab Dakwaan Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

