Menyingkap Tabir 10 Malam Terakhir...

9 Apr 2024 • 2:10 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sekumpulan pelajar madrasah tahfiz mengambil bahagian dalam tadarus Al-Quran di Gombak, Selangor

Kedatangan 10 malam terakhir Ramadan sering ditunggu, lantaran di dalamnya terselit malam yang lebih baik daripada seribu malam.

Demi menyingkap malam Lailatul Qadar, umat Islam seantero dunia ketika ini tidak terkecuali merendahkan diri memohon keampunan ilahi dan memanjatkan doa agar segala amal diterima, buat bekal ke alam sana.

Dalam kekhusyukan beribadah, aktiviti lain tetap diteruskan seperti biasa bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma.

Jurufoto kami, Nazir Sufari meredah sejuknya malam dan hangat mentari untuk merakam detik 10 malam terakhir buat tatapan anda. - Getaran, 9 April 2024

image is not available
Seorang jemaah lelaki melintasi Masjid Jamek Kuala Lumpur untuk menunaikan solat Tarawih

image is not available
Dua pelajar madrasah tahfiz di Gombak, Selangor ini mengisi masa lapang dengan bertadarus

image is not available
Kumpulan pekerja Bangladesh ini asyik menikmati juadah berbuka puasa di Masjid Al Azim, Nilai, Negeri Sembilan

image is not available
Walaupun sedang bekerja, kewajipan beribadah tidak dilupakan. Wanita ini menunaikan solat di bahagian dapur sebuah restoran di Kampung Baru

image is not available
Kumpulan nasyid ini dilihat sedang mendendangkan seleksi lagu nasyid di Bazar Ramadan Kampung Baru

image is not available
Kanak-kanak lelaki ini sabar menanti bapanya selesai menunaikan solat Tarawih di Masjid Wilayah

image is not available
Penduduk tempatan dan pekerja Bangladesh saling bekerjasama melapah lembu untuk menyiapkan juadah berbuka puasa di Masjid Al Azim, Nilai, Negeri Sembilan