“Menyusahkan Bomba Datang” – Dah Jadi Trend, Gantung Baju Pengantin Di ‘Fire Sprinkler’ Patut Dihentikan Sebab…

Environment
19 Dec 2022 • 5:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perbuatan menggantung baju kahwin pada ‘fire sprinkler‘ atau penyiram kecemasan kini seperti sudah menjadi trend yang dilakukan oleh bakal pengantin.

Bagaimanapun, perbuatan tersebut sebenarnya tidak digalakkan kerana penyiram kecemasan tidak boleh disalahgunakan.

Apa Itu Fire Sprinkler?

Fire sprinkler merupakan penyiram kecemasan yang mempunyai bebuli atau mentol di bahagian tengah dan diperbuat daripada kaca yang rapuh. Bahagian ini sememangnya berfungsi supaya mentol untuk pecah kerana suhu tinggi sekaligus mengaktifkan sistem penggera.

Jadi, perbuatan menggantung objek akan menimbulkan risiko pada mentol tersebut dilanggar dan pecah secara tak sengaja. Terutama apabila hanger baju diperbuat daripada besi kerana akan meninggikan lagi risiko mentol untuk terpecahkan.

image is not available

Menurut laporan Mstar, kes ini pernah terjadi 3 tahun lalu apabila sepasang pengantin menggantung baju pada fire sprinkler dan menyebabkan mentol pecah sekaligus menyebabkan lantai hotel banjir dan pihak bomba terpaksa datang ke lokasi.

image is not available

Kesan Fire Sprinkler Pecah?

Menurut National Fire Protection Association (NFPA), perbuatan menggantung objek pada fire sprinkler adalah dilarang dalam undang-undang sesetengah negara.

Hal ini kerana, fire sprinkler boleh mengurangkan kadar kematian sebanyak 87% dan kadar kecederaan sebanyak 27% manakala merendahkan risiko kerosakan harta benda sebanyak 70%. Jadi, sekiranya penyiram kecemasan disalahgunakan akan menyebabkan:

1. Pembayaran beribu-ribu sebagai ganti rugi untuk memasang semula penyiram kecemasan.

2. Sementara menunggu penyiram kecemasan dipasang semula, beberapa nyawa akan terancam kerana ketiadaan fire sprinkler untuk memadam api kebakaran.

3. Menyebabkan panggilan palsu ke atas pihak bomba.

Kesimpulan

Oleh itu, bakal pengantin diggalakkan untuk tidak menggunakan fire sprinkler untuk mengambil gambar baju perkahwinan, sebaliknya boleh menggunakan tempat penggantung lain seperti:

1. Ranting atau dahan pokok.

2. Pintu atau tingkap.

3. Patung mannequin.

4. Railing langsir

5. Almari.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 minggu lalu

Sakit Kepala Sampai Berdenyut? Ini Penjelasan Doktor Tentang 'Migraine'