
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pusat membeli-belah merupakan salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan orang ramai khususnya ketika hujung minggu.
Yelah, di hari cuti ramai yang ambil kesempatan untuk bawa anak atau keluarga berjalan. Kadang-kala sukar untuk mencari parkir kerana ramai yang datang berkunjung.
Namun terdapat sikap segelintir pemandu yang selamba meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya sehingga menyusahkan pengunjung atau pekerja di pusat membeli-belah tersebut.
Kita pasti sering melihat tindakan pemilik kereta yang dengan selamba meletakkan kenderaan di tepi bangunan, atau kawasan yang tidak mempunyak kotak parkir dan banyak lagi.
Tindakan Perodua Myvi parkir di tempat tak sepatutnya undang perhatian
Baru-baru ini, seorang wanita turut berdepan dengan perkara sama apabila dua kereta Perodua Myvi dengan selamba memakir kenderaan di luar kotak sehingga menyukarkannya untuk mengeluarkan kereta.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Robaqyah di TikTok, awalnya kelihatan dua buah Perodua Myvi telah memakirkan kenderaan mereka di depan dan belakang Ativa sewaktu berkunjung ke sebuah pusat membeli-belah.
Apa yang menjadi perhatian, kedua-dua Myvi itu tidak memakirkan kenderaan mereka di dalam kotak parkir yang telah disediakan pusat beli-belah itu.
Parkir pada jarak yang dekat dan luar dari kotak
Lebih menyusahkan apabila kereta tersebut turut diparkir pada jarak yang dekat sehingga menyukarkan Robaqyah untuk bergerak walau beberapa inci.
Ekoran daripada itu, dia terpaksa memaklumkan kepada pekerja yang menjaga parkir untuk membantunya.

Pekerja jaga parkir datang bawa alatan alihkan kereta Myvi
Kelihatan pekerja di kawasan parkir itu membawa satu alatan khas yang dipanggil ‘gojet’ untuk menolak Myvi yang parkir di belakang Ativanya.
Kelihatan mereka memasang alatan tersebut pada tayar kereta sebelum menolak kenderaan itu beramai-ramai untuk memudahkan Robaqyah keluar daripada parkir berkenaan.

Jelas wanita itu, dia awalnya telah berkunjung ke pusat membeli-belah itu pada jam 9.55 pagi untuk berjalan (briskwalk) bersama ibu dan berasa seronok apabila mendapat parkir tersebut.
“Pukul 1.30 tengah hari nak balik sebab dah capai 11,000 langkah. Alih-alih tengok kereta dah kena kepit macam ni.
“Mula-mula aku pusing parking cari staf jaga parkir, tak ada. Kedua aku cari pengawal dalam mall jumpa seorang akak ni, ayat dia mudah. ‘Hari ni hari minggu. Orang ramai. Bernasib baik, dia dengar pengumuman, cepatlah awak keluar. Kalau tak memang kena tunggu sampai dia nak balik.’
“Tapi sakit pula hati kita kan sebab nak membayar duit parking tu siapa eh? Akhirnya aku dan mak termenung dekat parking kereta tu ada lah dalam 20 minit macam tu, datang staf parkir sedang jalan naik motor.
“Tak cerita panjang. Terus panggil kawan-kawan staf lain bawa ‘gojet’ kasi tolak kereta belakang. Pantas dan efisien, memang terbaik abang-abang staf parking Midvalley,” pujinya.
Malah dia turut berterima kasih dengan staf yang telah membantunya untuk mengalihkan kereta Myvi tersebut agar dapat keluar dengan mudah.
@antimeroyan Kisahnya datang paling awal 9.55am da sampai mid valley. Saja nak briskwalk dgn mak dlm mall. Seronok dpt parking satu kereta je. Pukul 1.30pm nk balik sbb da capai 11k steps. Alih2 tgk kete da kene kepit cenggini. 1st aku pusing area parking cari staff2 jaga parking – tkde 2nd aku cari security dalam mall jumpa la sorg akak security ni. Ayat dia mudah. “Hari ni hari minggu. Org ramai. Bernasib baik dia dgr announcement cepatla awk keluar kalau tak mmg kene tggu sampai dia nk balik.” Tp sakit lak ati kita kan sbb nk membayar duit parking tu siapa eh? Atlast aku n mak aku termenung kt parking kete tu ada la dalam 20minit gitu dtg staff parking yg round2 naik moto. Tak cite panjang. Terus panggil member2 staff lain bawak “gojet” kasi tolak kete belakang. Pantas dan efisien. Mmg terbaik abam2 staff parking mid valley. Kalau tau saya termenung lama sikit kt kete tk yah ngadu kt makcik security tu. Apa2 pun mmg terbaiklah terima kasih. Simpan sini buat kenangan dan pengajaran. Pasni jgn seronok sgt kalau dpt park se-kotak tepi dinding.
♬ Bad Boys (Theme from Cops) – Inner Circle
Ramai kritik tindakan Myvi selamba parkir di tempat tak sepatutnya hingga menyusahkan pihak lain
Melihat di ruangan komen, ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan Myvi terbabit kerana meletakkan kenderaan di kawasan yang tak sepatutnya.
Bukan hanya itu, ada yang menyoal kedua-dua pemilik kereta Myvi itu apakah yang difikirkan sewaktu meletakkan kenderaan tersebut.
Ada juga menyifatkan Myvi tersebut bersikap mementingkan diri sehingga menyusahkan pihak lain untuk keluar dari parkir.
“Nasib baik management mall tu dah sedia alatan untuk benda-benda macam tu”

“Kesian orang yang parkir betul dalam kotak. Dua -dua kereta himpit dia nak keluar macam mana, menyusahkan orang je”

“Tak beragak langsung nak parkir macam tu. Tahu lah hari minggu, bagi lah ruang untuk yang tengah keluar jangan lah selfish sangat”

“Hidup ni kalau tak boleh senangkan orang lain, tolonglah jangan menyusahkan”

