Meraque Drone EduKit Dilancarkan Untuk Mengajar Penggunaan Dron Dan Koding

TechnologyDigital
26 Oct 2022 • 3:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Meraque Drone EduKit telah dilancarkan hari ini dengan ia berharap akan meningkatkan minat menggunakan dron dan juga koding di kalangan pelajar sekolah. Dron kuad-rotor yang ditawarkan boleh digunakan dalam masa 15 minit sahaja oleh pelajar. Setiap dron boleh terbang sehingga 100 meter dengan hayat penerbangan sehingga 10 minit. Keseluruhan dron pula diperbuat daripada bahan plastik.

image is not available

Selain menerbangkan dron dan belajar koding, pihak Meraque berharap ia akan turut mewujudkan minat dalam mata pelajaran STEM. Dengan setiap kit, sesi pelajaran selama tiga jam ditawarkan menerusi pelbagai aktiviti yang menarik. Pihak Meraque bekerjasama dengan Kelab
Rakan Udara Malaysia (KRUM), sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan MRSM serta MRANTI untuk merealisasikan sesi pembelajaran.

Sebelum ini mereka menganjurkan program Program Terbang bersama Meraque di tiga buah sekolah di Johor dengan program akan dikembangkan ke sekolah-sekolah di Selangor bermula November kelak.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved