Mercedes-Benz Bakal Henti Pengeluaran Sedan & Hatchback Paling Mampu Milik, A-Class

Cars
24 Mar 2025 • 2:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas tempoh pengeluarannya dilanjutkan selama dua tahun, Mercedes-Benz akhirnya bakal menghentikan pengeluaran varian sedan dan hatchback untuk model paling mampu milik yang ditawarkan, A-Class, pada tahun 2026. Model generasi baharu yang akan datang hanya muncul dalam versi coupe empat pintu, CLA bersama kembarnya, wagon shooting brake, serta SUV GLA dan GLB.

Model di Bawah Platform MMA

image is not available

Dengan pelancaran CLA generasi ketiga, Mercedes-Benz secara rasmi menggantikan sedan A-Class. Model ini turut hadir dengan pilihan trenkuasa elektrik (EV) dan hibrid. Bagaimanapun, tiada model baharu akan diperkenalkan untuk menggantikan hatchback A-Class.

Mercedes-Benz telah memberi bayangan tentang perubahan ini sejak 2023 semasa Concept CLA Class, dipertontonkan, di mana syarikat menyatakan hanya empat model kompak baharu akan dibina menggunakan platform Mercedes-Benz Modular Architecture (MMA).

image is not availableimage is not available

SUV crossover GLA (kiri) dan GLB (kanan) generasi semasa. Penggantinya akan dibangunkan sebagai model 'offshot' daripada CLA baharu

Selain daripada CLA dan varian shooting brake, platform MMA turut akan digunakan untuk dua SUV crossover generasi baharu, kemungkinan besar pengganti GLA dan GLB, serta sebuah SUV terbaru yang kecil, diinspirasikan daripada G-Class. Ini bermakna, tiada lagi tempat untuk model hatchback dalam rangkaian Mercedes-Benz.

image is not available

Hatchback A-Class dalam versi Mercedes-AMG A45 S 4Matic

Ketua Pegawai Teknikal Mercedes-Benz, Markus Schäfer berkata, “Kami memerlukan model yang relevan di peringkat antarabangsa, termasuk pasaran China dan Amerika Syarikat. Saya akui hatchback mempunyai pengikut tersendiri di Eropah, tetapi ia tidak dimasukkan dalam perancangan, dan kami perlu membuat pilihan sukar."

Tambahnya lagi, “Mengurangkan kerumitan adalah matlamat utama kami, jadi menyusutkan barisan model kompak daripada tujuh kepada empat adalah keputusan yang tidak dapat dielakkan.”

Nasib A-Class di Pasaran Malaysia

Di Malaysia, Mercedes-Benz A-Class Sedan dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan, Pahang. Model ini ditawarkan dalam beberapa varian termasuk A200 Progressive Line, A250 4Matic AMG Line, serta varian berprestasi tinggi AMG A35 4Matic.

Dengan strategi baharu ini, masa depan A-Class di pasaran tempatan juga bakal berakhir tidak lama lagi.

image is not available