Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

LocalCars
10 Sep 2025 • 6:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) tidak hanya melancarkan dua model AMG berprestasi tinggi iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe dan Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, tetapi turut membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.

Rekaan Sporty Dengan Sentuhan AMG

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Mercedes-Benz C200 AMG Line yang dilancarkan hari ini 'memperbaharui' sedan eksekutif kompak generasi kelima (W206) yang dipasang secara tempatan (CKD) ini dengan rekaan lebih sporty, berbeza dengan sentuhan elegan yang diberikan melalui versi Avantgarde Line diperkenalkan sebelum ini.

Elemen AMG Line untuk versi kali ini adalah termasuk bampar depan dan belakang baharu yang agresif, skirt sisi sporty serta rim aloi AMG 19 inci baharu dengan rekaan berbilang jejari (multi-spoke).

Ciri menarik bagi varian AMG Line ini adalah sistem brek yang diperbaharui dengan rotor brek depan berlubang (perforated) yang lebih besar dan kaliper brek Mercedes-Benz untuk kuasa cengkaman brek yang lebih baik.

Kabin Dengan Kemasan Eksklusif AMG

image is not available

image is not availableimage is not available

Bahagian dalam kelihatan menyerlah dengan stereng sport rekaan rata di bawah dalam balutan kulit Nappa, pedal sport AMG jenis keluli tahan karat dan karpet velour AMG yang elegan. Pemanduan juga kini lebih selesa dengan tambahan kamera parkir 360 darjah di bawah pakej parkir serta enam port USB-C dan dua soket 12 volt menerusi pakej USB Plus.

Tiada Perubahan Mekanikal

image is not available

Enjin 1.5 liter 4 silinder turbo petrol hibrid ringkas (MHEV) sedia ada dengan kuasa 204 hp dan tork 300 Nm masih digunakan, bersama sistem pacuan roda belakang dan transmisi automatik 9 kelajuan. Ia mampu mencapai 0-100 km/j dalam 7.3 saat dengan kelajuan maksimum 246 km/j.

Harga Jualan

image is not available

Model Mercedes-Benz C200 AMG Line yang agresif ini ditawarkan pada harga yang sama dengan versi terdahulu iaitu RM292,888. Tempahan kini sudah dibuka dengan penghantaran pertama dijangka akan dimulakan pada Oktober 2025.

image is not available