Mercedes Benz GLC 43 Dipandu Terbakar Di Lebuhraya, Lelaki Nyaris Maut ‘Dijilat Api’

LocalCars
4 Aug 2024 • 5:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mercedes Benz GLC 43 Dipandu Terbakar Di Lebuhraya, Lelaki Nyaris Maut ‘Dijilat Api’

Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbakar dalam satu kejadian di hadapan Taman Sinar Harapan, Lebuhraya Utara Selatan pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin, menyatakan bahawa mangsa berjaya keluar dari kenderaan tersebut untuk menyelamatkan diri.

Menurut beliau, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.48 pagi.

“Susulan itu, sepasukan anggota BBP Jitra bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta Mercedes Benz GLC 43 telah terbakar di lorong kecemasan Lebuhraya Utara Selatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Bustan menjelaskan bahawa api sedang marak membakar bahagian enjin kereta tersebut, mengakibatkan kerosakan sekitar 50 peratus.

“Susulan itu, pihak bomba cuba memadamkan kebakaran hingga api padam sepenuhnya menggunakan air tangki jentera,” katanya.

Beliau menambah bahawa pemandu kenderaan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: Sinar Harian