Mercedes-Benz lancar 3 model berkuasa elektrik serba baharu, lebih mewah dengan teknologi AI

Cars
27 Jul 2022 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
Mercedes-Benz

MERCEDES-BENZ Malaysia terus meneraju industri automatif elektrik dengan melancarkan tiga model serba baharu untuk varian Mercedes-EQ.

Siri EQS 450+, Mercedes-EQB 350 4MATIC, Mercedes-EQC 400 4MATIC menjadi jentera mewah sedan berkuasa elektrik pertama diperkenalkan di negara ini.

Lebih menyakinkan, jenama terkemuka tersebut turut mempertingkatkan ciri keselamatan dan teknologi kecerdasan buatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, jenama yang diyakini ramai itu terus mengekalkan momentum ke arah kelestarian masa depan dengan pengenalan model baharu dalam keluarga Mercedes-EQ.

image is not available

“Inisiatif jentera dengan teknologi kecerdasan buatan itu sejajar dengan usaha untuk menjadi perintis dalam automotif berkuasa elektrik di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Michael Jopp menambah, buat pertama kalinya siri EQ menjadi kenderaan mesra alam premium di negara ini.

image is not available

“Ini menjadikan generasi baharu dalam varian EQ sudah lengkap dengan pengenalan segmen sedan yang direka khas berdasar seni bina modular.

“Pada masa sama, kenderaan dalam kelas eksekutif tersebut didatangkan dengan tiga pilihan yang pastinya memenuhi gaya hidup pelanggan masa kini,” katanya.

image is not available

Menariknya, ketiga-tiga fitur baharu berkenaan direka bentuk dengan gaya sporty, aerodinamik dan mampu bertahan pada jarak 423 kilometer (km) hingga 782 km.

Berikut perincian ketiga-tiga model tersebut:

image is not available

1. EQS 450+
– Dikuasakan 333 kuasa kuda dengan kadar tork 565 Nm.
– Kemampuan memecut 6.2 saat dengan kelajuan tertinggi 270km.
– Jarak pemanduan sejauh 631 hingga 782km.
– Harga ditawarkan bermula RM698,888.

image is not available

2. Mercedes-EQB 350 4MATIC
– Dikuasakan 292 kuasa kuda dengan kadar tork 520 Nm.
– Kemampuan memecut 6.2 saat dengan kelajuan tertinggi 160km.
– Jarak pemanduan sejauh 388 hingga 423km.
– Harga ditawarkan bermula RM330,000.

image is not available

3. Mercedes-EQC 400 4MATIC
– Dikuasakan 408 kuasa kuda dengan kadar tork 760Nm.
– Kemampuan memecut 5.1 saat dengan kelajuan tertinggi 180km.
– Jarak pemanduan sejauh 373 hingga 437km.
– Harga ditawarkan bermula RM 390,000.

image is not available

Untuk maklumat lanjut, layari www.mercedes-benz.com.my atau www.facebook.com/MercedesBenzMalaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan