Mercedes-Benz Malaysia Raikan Pelanggan Mercedes-AMG – Lapan Terpilih Ke Sweden & Jerman

LocalCars
14 Jan 2025 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Bukan satu, tetapi 14 model baharu dan facelift Mercedes-AMG diperkenalkan sepanjang tahun 2024 di pasaran Malaysia. Jumlah ini adalah yang tertinggi dalam tempoh setahun, mencerminkan komitmen Mercedes-Benz Malaysia (MBM) untuk menawarkan pelbagai pilihan kereta berprestasi tinggi kepada pelanggan di negara ini.

Majlis Eksklusif Untuk Pelanggan Setia

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, MBM mengadakan acara eksklusif “Drive To Thrill” hujung minggu lalu di Autohaus Hap Seng Star Balakong (HSS Balakong). Majlis ini diadakan khas untuk pemilik Mercedes-AMG yang mendaftar kenderaan mereka pada 2024.

Di majlis ini, antara model yang dipamerkan ialah kabriolet SL63 4Matic+ dan SUV G63, dua model terbaru dalam barisan Mercedes-AMG. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden MBM, Amanda Zhang yang menyampaikan pelbagai hadiah menarik kepada para tetamu.

Hadiah Eksklusif Untuk Pelanggan Bertuah

image is not available

Selain barangan eksklusif dan slot untuk acara Mercedes-AMG Trackday, acara ini turut diserikan dengan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah istimewa. Hadiah utama yang mencuri tumpuan ialah perjalanan ke program AMG Experience On Ice, bernilai kira-kira RM50,000 seorang.

Sebanyak lapan pemenang dipilih untuk menikmati pengalaman memandu di atas ais di Lapland Sweden, berlatarbelakangkan keindahan Tasik Galtisjaure. Peserta akan mempelajari kemahiran pemanduan ekstrem menggunakan model berprestasi tinggi Mercedes-AMG di bawah bimbingan jurulatih pakar. Perjalanan ini turut merangkumi lawatan ke ibu pejabat Mercedes-AMG di Stuttgart, Jerman.

image is not available

Selain itu, seorang pemenang bertuah juga memenangi peluang untuk menghadiri Thailand Super Series 2025 di Bangsaen sebagai tetamu pasukan Racing Aurora Mercedes-AMG, yang bersaing dalam siri perlumbaan tersebut.