Mercedes-Benz Menambah Sokongan Kawalan Suara Dikuasakan ChatGPT Pada Sistem Inforia

TechnologyDigitalCars
16 Jun 2023 • 9:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mercedes-Benz, salah satu pengeluar kenderaan terkemuka hari ini membuat kejutan dengan menambah sokongan kawalan suara “Hey Mercedes” yang dikuasakan oleh teknologi ChatGPT. Sokongan ini hadir melalui integrasi sokongan kawalan suara pada sistem inforia MBUX di Amerika Syarikat.

image is not available

Untuk peringkat permulaan, Mercedes menawarkan ia dalam bentuk beta, dan boleh digunakan sekitar 900,000 kenderaan yang dilengkapi dengan sistem inforia MBUX di Amerika Syarikat. Teknologi ChatGPT ini diintegrasikan melalui penggunaan Azure OpenAI oleh Microsoft.

Melalui integrasi ChatGPT, Mercedes-Benz menyatakan ia membawa keupayaan “Hey Mercedes” setapak lebih hadapan dan membolehkan perbualan yang lebih menyeluruh dilakukan bersama sistem, dan bukan sekadar menjawab berasaskan sejumlah jawapan yang telah ditetapkan sahaja.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah sokongan lebih kurang sama dilanjutkan ke negara-negara lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved