Mercedes GLE 63S, GLE 63S Coupe Banyak Ciri Sama Tapi Harga Kayangan

LocalCars
5 Nov 2024 • 5:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selain model AMG G63 dilancarkan, Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan dua model SUV berprestasi tingginya, Mercedes-AMG GLE 63S dan GLE 63S Coupe.

image is not available

GLE 63S dan GLE 63S Coupe masing-masing ditawarkan pada harga RM1.19 juta dan RM1.229 juta.

image is not available

Kedua-dua model itu disumbat dengan enjin dijana oleh enjin V8 twin-turbo 4.0 liter yang sama dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 612 PS dan tork 850 Nm.

image is not available

Model ini yang menggunakan integrated starter generator (ISG) dan sistem hibrid ringan (MHEV) 48 volt. Ini bermakna ia menambahkan lagi kuasa sebanyak 20 PS dan 200 Nm.

Seperti mana nama mereka, kedua-duanya secara standardnya didatangkan dengan pacuan semua roda AMG Performance 4Matic.

Sistem ini sebenarnya membolehkan enjin V8 dan kotak gear automatik AMG 9-kelajuan itu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.9 saat, manakala kelajuan maksimum pula ialah 280 km/j dengan AMG Driver Package.

Dari segi teknikal, GLE 63S dan GLE 63S Coupe didatangkan dengan pembezaan gelinciran terhad yang dikawal secara elektronik selain menggunakan suspensi udara AMG Ride Control+ dengan penyerap hentak adaptif boleh laras.

image is not availableimage is not available

Melihat penampilan mereka, kedua-dua model ini dilihat agak serupa menampilkan gabungan gaya sporty.

Cuma yang beza ialah bentuk salah satunya adalah coupe dan satu lagi, SUV.

image is not availableimage is not available

Selain itu, kedua-dua model itu hadir dengn gril hadapan Panamericana yang diapit oleh lampu depan jenis LED Multibeam, ada empat ekzos AMG Performance, AMG Night Package, yang termasuk kemasan hitam berkilat.

image is not availableimage is not available

Bagi rim pula, ia dilengkapi dengan saiz 22-inci dan rekaan 10 jejari yang dihiasi juga oleh angkup brek merah .

Malah, tiada apa yang mengejutkan kerana kedua-duanya juga didatangkan dengan reka bentuk kabin yang sama.

image is not available

Antaranya ialah balutan kulit Nappa hitam AMG Exclusive yang dpadankan dengan gentian karbon AMG,

stereng AMG Performance rata di bawah, MBUX terkini dengan MBUX Augmented Reality Navigation, ada sokongan Apple CarPlay tanpa wayar/Android Auto, bumbung panaromik, 13 pembesar suara Burmester , dan banyak lagi.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Untuk makluman anda, kedua-dua model ini adalah unit import sepenuhnya (CBU) dan pembeli ditawarkan dengan waranti standard 4 tahun tanpa had perbatuan.

Apa pula pandangan anda?