Mercu tanda ikonik 'IPOH' diturunkan untuk kerja baik pulih

15 Jul 2026 • 2:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mercu tanda ikonik 'IPOH' diturunkan untuk kerja baik pulih
Kerja-kerja pemasangan semula tulisan ‘IPOH’ dijangka dilaksanakan secara berperingkat mulai 4 hingga 6 Ogos ini. Foto MBI
Image from: Mercu tanda ikonik 'IPOH' diturunkan untuk kerja baik pulih
Tulisan ikonik ‘IPOH’ yang menjadi mercu tanda bandar raya ini telah diturunkan sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemeriksaan, pembaikan dan baik pulih. Foto MBI

IPOH - Tulisan ikonik ‘IPOH’ yang menjadi mercu tanda bandar raya ini telah diturunkan sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemeriksaan, pembaikan dan baik pulih.

Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah berkata, langkah itu diambil bagi memastikan struktur serta keadaan fizikal tulisan berkenaan sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan terpelihara.

**media[3582984]**

Menurutnya, usaha tersebut juga penting bagi mengekalkan imej mercu tanda kebanggaan bandar raya Ipoh yang sering menjadi tumpuan pengunjung.

“Kerja-kerja pemasangan semula tulisan ‘IPOH’ dijangka dilaksanakan secara berperingkat mulai 4 hingga 6 Ogos ini, tertakluk kepada keadaan cuaca dan kelancaran kerja di tapak," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya komited memastikan kemudahan awam serta mercu tanda bandar raya sentiasa diselenggara dengan baik demi keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan warga kota.

"MBI memohon kerjasama serta kesabaran warga kota sepanjang tempoh kerja-kerja berkenaan dilaksanakan,” katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved