Merdeka beri pengertian besar kepada generasi muda

10 Aug 2026 • 8:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Merdeka beri pengertian besar kepada generasi muda

GEORGE TOWN: Kemerdekaan bermaksud kebebasan daripada sebarang bentuk penjajahan sama ada cengkaman kuasa asing atau kurungan. Secara amnya, ia merangkumi hak pemerintahan sendiri, kedaulatan negara, dan kebebasan untuk menentukan hala tuju bangsa.

Rata-rata generasi pascamerdeka khususnya Generasi Z (Gen Z) iaitu kumpulan demografik penduduk yang lahir antara tahun 1997 hingga 2012 percaya bahawa merdeka membawa pengertian yang besar walaupun tidak sempat melalui zaman berkenaan.

Seorang pekerja sambilan, Danial Zulsyahmy Zulazly, 20, berkata, merdeka tarikh istimewa buat penduduk di Tanah Me­layu ketika itu kerana mereka berjaya membebaskan diri daripada cengkaman penjajah khususnya British.

“Tarikh kemerdekaan ini (31 Ogos 1957) memang sentiasa patut dikenang bagi mengingati perjuangan dan pengorbanan tokoh-tokoh sejarah terdahulu untuk mencapai kemerdekaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagi Haqimi Haikal Khalil, 20, dia sangat teruja setiap kali tibanya hari kemerdekaan atau Hari Kebangsaan kerana tarikh keramat itu hanya disambut setahun sekali sahaja pada setiap tahun.

“Cara saya menyambut 31 Ogos dengan menyaksikan perarakan hari kebangsaan itu secara langsung di tempat yang telah ditetapkan sejak awal pagi,” kata pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) itu.

Kakitangan awam, Nur Farhannis Mat Isa, 29, pula ber­kata, dia bertuah kerana lahir di sebuah negara yang aman dan harmoni seperti Malaysia walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang bangsa.

“Saya lahir pada tahun 1997 dan membesar dalam negara Malaysia yang merdeka. Jadi, tanggungjawab saya dan kita hari ini ialah untuk menjaga perpaduan dan menghargai kebebasan yang diwariskan itu,” katanya.

Pekerja swasta, Michelle Glory G. Jonik, 33, berkata, merdeka bukan hanya bermaksud bebas daripada penjajahan, tetapi kebebasan menimba ilmu, menyuarakan pandangan secara bertanggungjawab, mengejar cita-cita dan membina masa depan yang lebih baik.

“Generasi muda bertanggugjawab mempertahankan ke­amanan, keharmonian dan kestabilan negara,” katanya. – UTUSAN

The post Merdeka beri pengertian besar kepada generasi muda appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved