'Mereka hanya mahu makan sahaja..' Jurulatih fitness tegur bapa abai pemakananan, kasihan influencer kanak-kanak derita obesiti

Health & FitnessFamily & Parenting
9 Jul 2025 • 8:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

 

ISU kesihatan dan pemakanan anak-anak memang sentiasa jadi topik hangat, lebih-lebih lagi bila melibatkan figura yang dikenali ramai.

Baru-baru ini, jurulatih kecergasan popular, Tareq Fit, meluahkan kebimbangan melihat keadaan fizikal pempengaruh cilik yang didakwa sudah obes walaupun masih kecil.

Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki itu menegur secara terbuka kerisauannya dan meluahkan rasa simpati melihat keadaan fizikal kanak-kanak itu dan menasihati agar bapanya perlulah mengawal pemakanan anaknya supaya seimbang serta bersesuaian dengan tingkat umur ditetapkan.

“Aku cakap sebagai seorang ayah, tak kesian tengok badan anak kau tak sihat langsung. Jangan ikut kehendak anak.

“Bila anak minta makanan tak sihat atau terlebih makan, jangan ikut sebab mereka tidak tahu, mereka hanya mahu makan sahaja.

“Sebagai ibu bapa, kita perlu bertanggungjawab keadaan badan anak-anak, jadi sebab itu bila badan obesiti, jangan salahkan anak tapi salahkan diri sendiri sebab kau yang bertanggungjawab jaga keadaan kesihatannya,” kata Tareq.

image is not available

Dalam masa yang sama, dia turut mengingatkan agar ibu bapa perlu cakna akan tahap kesihatan anak-anak supaya tidak menyesal di kemudian hari setelah mendapati mereka menghidap penyakit akibat pengambilan makanan yang tidak teratur.

“Bila anak sudah dapat penyakit barulah waktu itu nak rasa menyesal, susah nak jalan, nak nafas dan main. Ingat mereka masih kecil lagi,” jelasnya.

Beralih ke ruangan komen, warganet turut berkongsi kerisauan sama. Ada yang mendakwa perasan si cilik itu nampak mudah letih dan susah bernafas dalam beberapa video.

Malah ada juga yang mencadangkan bapanya mula susun semula rutin harian dan memasukkan aktiviti senaman ringan atau kurangkan konten yang melibatkan makanan berat secara berlebihan.

Rata-rata warganet harap isu ini jadi pengajaran buat ibu bapa lain juga. Bukan untuk mengkritik tetapi demi kesihatan anak-anak jangka panjang.

Setakat artikel ini ditulis, video teguran Tareq sudah mencecah 3.7 juta tontonan dan lebih 110,000 tanda suka di TikTok.

Sumber: TikTok