‘Mereka persoal, drama radio tak glamor’ – Beto Kusyairy kurang bersetuju

EntertainmentMovie
7 Nov 2026 • 11:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Mereka persoal, drama radio tak glamor’ – Beto Kusyairy kurang bersetuju

PETALING JAYA – Kurang bersetuju, pelakon terkenal Beto Kusyairy mendedahkan pernah diperlekeh hanya gara-gara masih memilih untuk terlibat dengan drama radio.

Menurut Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman, 46, dia bagaimanapun tidak pernah melihat berlakon dalam platform terbabit sebagai sesuatu yang menjatuhkan reputasinya sebagai pelakon berpengalaman.

“Ada yang mempersoalkan penglibatannya saya dalam drama radio. Mereka kata drama radio tidak glamor.

“Tetapi saya memandang dari perspektif lain. Drama radio memberikan saya ilmu lakonan yang berbeza. Kita berlakon tanpa orang boleh melihat ekspresi wajah.

“Saya banyak belajar tentang tonasi suara. Berlakon dalam drama radio memberikan kepuasan yang berbeza,” katanya ketika ditemu padai sidang media teater Tragedi Malam Pesta, di sini, semalam.

Tambah pemenang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33 itu lagi, penglibatan seseorang pelakon di dalam drama radio tidak seharusnya diperlekeh kerana antara mereka yang terlibat adalah nama-nama besar dalam industri lakonan.

“Siapalah kita untuk memperlekehkan drama radio sedangkan pelakon bertaraf legenda seperti Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Fauziah Nawi, Datuk Eman Mana juga masih aktif terlibat dengan drama radio.

“Walaupun bajetnya tidak besar, tetapi penglibatan ini lebih kepada mencari kepuasan dan ilmu,” jelasnya.

Selain drama radio, pelakon filem Imaginur itu juga tidak kisah untuk berlakon dalam pementasan teater berskala kecil.

Bakal membintangi teater Tragedi Malam Pesta arahan Afiza Asram, kata Beto, dia terbuka untuk terlibat dalam mana-mana projek seni lakonan sekiranya kena dengan jadual serta skrip yang bagus.

“Penglibatan dalam pementasan teater ibarat gimnasium untuk saya. Di sinilah saya akan memperkasa kemampuan lakonan dan daya ingatan. Di pentas teater juga kita boleh lakukan apa yang kita tak boleh buat di hadapan skrin.

“Tambahan pula pelakon yang terlibat semuanya bagus-bagus. Jalan cerita pun menarik. Jadi saya anggap ini sebagai rezeki,” ujarnya.

Tragedi Malam Pesta turut dibintangi Nabila Huda, Firdaus Karim dan Aloy Paradoks itu bakal dipentaskan di Damansara Performing Arts Centre Petaling Jaya bermula 4 hingga 6 Disember 2026. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Mereka persoal, drama radio tak glamor’ – Beto Kusyairy kurang bersetuju appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved