“Mereka Tak Ada Anak..” – Tak Pernah Lupa Panggil ‘Sayang’, Lelaki Warga Emas Setia Jaga Isteri Sakit Di Hospital

Family & Parenting
22 Aug 2023 • 9:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan kerap kali kita dengar berita mengenai konflik yang dihadapi oleh pasangan yang sudah berkahwin sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, melalui laman TikTok, tular satu video memaparkan kesetiaan seorang lelaki warga emas berada di samping isteri yang sedang terbaring di atas katil hospital.

Difahamkan, pakcik terbabit sentiasa menemai isterinya yang kurang sihat di hospital dan selalu memberi kata-kata semangat sebelum pulang kerana waktu melawat sudah habis.

Dalam pada itu, pemilik video terbabit turut memberitahu bahawa pasangan warga emas tersebut tidak mempunyai cahaya mata sendiri tetapi tetap bahagia bersama walaupun diuji.

Lagi membuatkan pakcik tersebut sangat dikagumi oleh individu pemilik video itu adalah kerana dia sering datang awal untuk bertemu isteri serta ramah dengan staf-staf hospital.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar pasangan warga emas tersebut diberi kebahagian hingga akhir hayat serta dipanjangkan umur.

image is not available 16 hours ago

Realiti! Kahwin Lebih Dari Satu, Lelaki Menyesal Sebab Isteri-Isteri Mengelak Jaga Waktu Sakit