“Mereka Tak Rugi, Malah Untung!”- DS Vida ‘Claim’ Jual Beli ‘Cedok-Cedok’ Miliknya Patuh Syariah

Politics
20 Jul 2022 • 4:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Awal minggu ini, media sosial menyaksikan perdebatan antara warga maya yang mempersoalkan hukum seseorang itu terlibat dalam perniagaan ‘cedok-cedok’ di TikTok.

Berikutan itu, segelintir pendakwah tampil memaklumkan bahawa hukum terlibat dalam perniagaan sedemikian rupa adalah haram kerana wujud unsur gharar ataupun tidak pasti.

Namun, bagi jutawan kosmetik terkenal negara, Datuk Seri Vida ataupun lebih dikenali sebagai DS Vida, dia menganggap trend perniagaan ‘cedok-cedok’ yang turut disertainya berbeza daripada peniaga lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Pada saya cedok-cedok ini yang kata gharar tu, pada saya punya sajalah kalau pelanggan beli, tidak akan merugikan dia.

Pelanggan saya takkan rugi melainkan akan untung sebab saya beri barang yang nilainya lebih dari apa yang dibayar dan lebih daripada apa yang saya tawarkan.

Jelas Vida, apa yang ‘dicedok’ akan diberi lebih dan menganggap ia sebagai ‘giveaway’ kepada peminatnya di luar sana.

Malah katanya lagi, urusan jual beli ‘cedok’ di bawah kendaliannya itu juga mempunyai unsur akad iaitu persetujuan antara kedua belah pihak.

“Pada saya niat dan saya akad, okay apa bagi ni setuju atau tak, dan saya bagi tu lebih daripada harga sebenar dan tiada istilah haram pada saya kerana bagi saya ia cedok yang patuh syariah” katanya lagi.

image is not available 2 hari lalu

“Wujud Unsur Gharar” - Viral Peniaga 'Cedok-Cedok' Di TikTok, Ramai Netizen Tak Tahu Sebenarnya Haram

View Original Article