Meriah Bersama Keluarga, Ini Senarai Acara Menarik Bulan Oktober Di Kuching

22 Oct 2023 • 11:12 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Apa yang menarik bulan ini di Kuching, ini senarainya

Meriah Bersama Keluarga, Ini Senarai Acara Menarik Bulan Oktober Di Kuching. Kuching, bandaraya yang terkenal dengan acara rasmi untuk warisan dan kebudayaannya, kini menawarkan pelbagai acara menarik yang pasti akan memukau hati anda.

Berikut adalah senarai acara-acara yang anda tidak mahu lepaskan:

1. Sarawak Regatta

Acara ini merupakan salah satu acara paling ikonik negeri ini yang memang dinanti-nantikan oleh orang ramai. Dan untuk pengetahuan anda Regatta Sarawak adalah sebuah sukan air yang tertua di dunia.

Tarikh: 3 November – 5 November 2023
Lokasi: Tebingan Waterfront Kuching

2. Kuching Waterfront Festival

Bermula pada 28 oktober ini, antara program sampingan yang akan diadakan sepanjang tempoh festival ini ialah Sarawak Kraft, Sarawak Kitchen dan juga Festival Gendang Sarawak. Dan semestinya acara kemuncaknya adalah lumba perahu!

Tarikh: 27 Oktober – 5 November 2023
Lokasi: Tebingan Waterfront Kuching

image is not available
Meriah Bersama Keluarga, Ini Senarai Acara Menarik Bulan Oktober Di Kuching

3. Spooktober Saradise

Bersiap sedia untuk mendapatkan pengalaman yang seram dan menyeronokkan!
Sorotan acara:\

  • Terrifying Haunted House by TAKUT
  • Malam Bertema: Ladies’ Night, Pirate Night, and Plump Night
  • Live DJ/Bands
  • No Candy, No Peace

Tarikh: 19 Oktober – 31 Oktober 2023
Lokasi: Saradise Edge, Kuching, Survey Lot 19844, Jalan Saradise, 93350 Kuching, Sarawak

4. Halloowish Party

Dalam acara ini terdapat pelbagai aktiviti menarik dan perbuatan amal yang anda boleh sumbangkan, antaranya adalah derma darah, larian amal, GoBald, persembahan tarian, kugiran langsung muzik, dan juga pelbagai makanan dan minuman menarik bertemakan halloween!

Berlari dengan kostum Halloween kegemaran anda dan beri sumbangan kepada Sarawak Children’s Cancer Society (SCCS). Anda boleh pilih antara 3 km atau 6 km untuk larian tersebut.

Tarikh: 26 Oktober – 5 November 2023
Lokasi: Canaan Square, 93350 Kuching, Sarawak

5. Bloody Barbieland

Diadakan di Kuching Granary, makan malam Halloween terbesar di Kuching kembali dengan tema yang menarik kali ini. Tema diambil dari filem hit terbaru – Barbie, Bloody Barbieland adalah versi parodi seram khas di Kuching.

Tarikh: 27 Oktober – 31 Oktober 2023
Lokasi: KANTIN at the Granary, Wayang Street, Kuching

image is not available
Meriah Bersama Keluarga, Ini Senarai Acara Menarik Bulan Oktober Di Kuching

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

https://www.iloveborneo.my/kini-berlangsung-karnival-taste-of-borneo-2023-di-stadium-tertutup-miri-tawar-pelbagai-makanan-unik/

https://www.iloveborneo.my/dana-kandungan-digital-industri-muzik-sarawak-2023/