Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik, Pesta Simunjan 2023 Bakal Bermula 17 September Ini

12 Sep 2023 • 2:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pesta Simunjan 2023.

Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik, Pesta Simunjan 2023 Bakal Bermula 17 September Ini. Antara acara yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Sarawak, Pesta Simunjan 2023 akan berlangsung tidak lama lagi iaitu jatuh pada tarikh 17 September hingga 24 September ini.

Lebih daripada 20 aktiviti menarik ditawarkan, terdapat beberapa pertandingan yang dijangka akan diwakili oleh peserta dari Brunei, Indonesia dan Thailand di Pesta Simunjan ini.

image is not available
Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik, Pesta Simunjan 2023 Bakal Bermula 17 September Ini. Kredit foto: Facebook Pesta Simunjan

Regatta Simunjan antara acara utama

Antara acara utama yang paling dinanti-nantikan oleh orang ramai adalah Regatta Simunjan yang akan berlangsung di tebingan Sungai Batang Sadong dengan mempertaruhkan 10 kategori berserta pulangan hadiah bernilai RM 93,600.

Aktiviti menarik yang lain seperti Bike Gathering, Pertandingan e-Sports Championship, Pertandingan Gendang dan Nopeng serta banyak lagi juga turut ada di sini.

Untuk malam Penutupan Pesta Simunjan 2023 terdapat konsert di pentas utama yang akan menampilkan artis-artis seperti Azlan & The Typewriter, Ricky Andrewson dan ramai lagi.

Lagi event menarik di Sarawak untuk anda di sini: