Meriah majlis resepsi! Rakan pelbagai kaum raikan pasangan pengantin Melayu

Entertainment
11 Jun 2024 • 4:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Meriah majlis resepsi pasangan pengantin Melayu!

Tular di media sosial memaparkan kemeriahkan majlis resepsi pasangan pengantin baru diraikan oleh rakan-rakan terdiri daripada pelbagai kaum sehingga mencuri perhatian warganet.

image is not available

Meriah majlis resepsi

Menerusi video tular dikongsikan rakan pengantin, dilihat pasangan merpati dua sejoli itu diraikan dengan budaya bangsa Melayu, Cina dan India dalam sebuah majlis.

Dalam majlis tersebut, pasangan pengantin yang memakai jambangan bunga disambut dengan persembahan silat dan diikuti dengan tarian singa sebelum melangkah memasuki ke dewan majlis sehingga ke pelamin.

Pasangan itu juga diraikan dengan alat muzik budaya India dan diikuti dengan tarian oleh rakan-rakan termasuk pengantin lelaki.

“Meraikan hari kebahagiaan sahabat.
“Selamat pengantin baru King Husaini. Semoga masjid dibina kekal hingga ke jannah,”tulisnya ringkas.

@fxdhilrhmn__

Meraikan Hari Kebahagian Sahabat..Selamat Pengantin Baru King Husaini..Semoga Masjid dibina kekal hingga jannah #KINGEMPIRE#foryoupageofficiall #1millionaudition #1malaysia #fyp #fypシ゚viral #fypage #fypppppppppppppp #fypシ #fy #madanihbos #masukberanda

♬ original sound – Fxdhil – Fxdhil

 

Meriah betul! Raikan sahabat kahwin

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana mereka tumpang gembira melihat kemeriahan majlis tersebut, lebih-lebih lagi pelbagai kaum ada bersama bagi meraikan hari bahagia sahabat mereka.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Kepelbagaian budaya dan adat yang terdapat di Malaysia inilah, yang membuatkan negara ini berbeza dan istimewa berbanding negara-negara lain.

Oleh demikian, rakyat sepatutnya berbangga dengan kepelbagaian budaya dan adat ini serta terus memiliharanya agar keharmoniannya terus terbela.

Sumber: TikTok @fxdhilrhmn__