Meriahkan Pesta Orang Kampung Dengan Pakaian Tradisional Di Sibu Bermula Esok

2 Jan 2024 • 2:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nikmati keindahan budaya di Pesta Orang Kampung, Sibu

Meriahkan Pesta Orang Kampung Dengan Pakaian Tradisional Di Sibu Bermula Esok. Pesta Orang Kampung di Sibu, Sarawak adalah pesta makanan terbesar di Sibu dan satu acara meriah yang mempunyai banyak aktiviti menarik dan hiburan untuk semua orang.

Selain daripada pelbagai penjual makanan dan minuman, terdapat juga pelbagai gerai yang menawarkan barangan tempatan dan kraftangan unik.

image is not available
Meriahkan Pesta Orang Kampung Dengan Pakaian Tradisional Di Sibu Bermula Esok. Sumber: facebook

Aktiviti menarik untuk semua peringkat umur

Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuklah pertandingan sukan tempatan, pertunjukan seni budaya, dan persembahan muzik dari artis tempatan yang popular.

Dalam pada itu, terdapat juga pelbagai permainan atau playground untuk kanak-kanak, menjadikan pesta ini sesuai untuk seisi keluarga.

Sokong peniaga tempatan di Pesta Orang Kampung

Pihak penganjur juga menawarkan ruang kepada peniaga tempatan untuk mempromosikan dan menjual produk mereka, memberikan peluang kepada komuniti setempat untuk berkongsi dan memperluaskan perniagaan mereka.

Bagi mereka yang ingin menyertai pesta ini, pastikan untuk datang awal dan manfaatkan peluang untuk merasai meriahan orang kampung dan budaya tempatan.

Ini merupakan peluang yang baik untuk bersatu, bersosial, dan merasai kegembiraan dalam suasana yang penuh semangat dan keceriaan. Para pengunjung digalakkan memakai pakaian tradisional untuk menambah seri pesta.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/siap-ada-pesta-air-dan-pelbagai-aktiviti-menarik-karnival-sibu-jaya-berlangsung-hingga-8-oktober-ini/

https://www.iloveborneo.my/acara-halloween-seru-dan-mistik-di-kuching/