Mesej tegas perlu diberi pada pihak cuba lemahkan badan kehakiman

17 Jun 2022 • 1:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Mesej tegas perlu diberikan terhadap pihak yang mahu melemahkan badan kehakiman negara, kata bekas Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenavasan.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berkata, Majlis Peguam mempunyai tanggungjawab melindungi kebebasan badan kehakiman.

image is not available

Ia susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali ekoran catatan daripada blog politik mendakwa bekas hakim Mahkamah Tinggi itu mempunyai kekayaan tidak dapat dijelaskan.

“Kita dapat lihat apabila ada orang cuba melemahkan badan kehakiman. Ia dilakukan secara halus.

image is not available

“Jadi mesej yang kita mahu sampaikan adalah kita boleh lihat dan ia perlu dihentikan,” katanya ketika ditemui semasa Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Majlis Peguam di Padang Merbok di sini pada Jumaat.

Pada April lalu, Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat memaklumkan kritikan terhadap badan kehakiman sudah melampaui batas selepas SPRM memulakan siasatan terhadap hakim Mohd Nazlan.

image is not available

Tengku Maimun berkata, walaupun rakyat termasuk ahli politik bebas mengkritik badan kehakiman pada tahap tertentu, tidak bermakna mereka boleh melakukan serangan yang tidak berasas dan keji terhadap badan kehakiman atau hakim tertentu demi kepentingan sendiri.

Ketika berkhidmat sebagai hakim mahkamah tinggi, Mohd Nazlan mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan rasuah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

image is not available