Mesej tular arah jangan keluar undi palsu, cubaan kelirukan rakyat

14 Oct 2022 • 7:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 OKT: Dato’ Menteri Besar hari ini mengesahkan mesej yang tular mengenai gesaan supaya rakyat Selangor tidak keluar mengundi pada tarikh ditetapkan adalah palsu.

“Telah tular dakwaan bahawa saya mengarahkan agar rakyat Selangor tidak keluar mengundi. Dakwaan ini adalah PALSU.

“Tindakan itu adalah dakyah serta permainan jahat pihak yang mahu mengelirukan rakyat Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Beliau turut menyertakan kenyataan tepat berhubung perkembangan terbaharu di negeri itu selepas sesi menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

image is not available

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved