Mesej tular, guru minta pertukaran sekolah, akui masalah tekanan setelah kematian suami

21 May 2024 • 2:45 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kesihatan mental individu perlu diambil berat bagi mencapai kehidupan yang lebih baik. Dalam mana-mana pekerjaan sekalipun, tidak lari daripada tekanan, namun individu yang mengalami masalah tersebut memerlukan ruang dan persekitaran serta sikap ambil peduli orang disekelilingnya.

Tugas sebagai pendidik pula ketika ini dilihat semakin mencabar. Apatah lagi apabila guru tersebut mempunyai masalah peribadi. Pertukaran ke sekolah lain merupakan salah satu cara mereka mengatasi masalah tekanan yang dihadapi.

Tular satu mesej luahan seorang guru yang mendedahkan dirinya mengalami masalah tekanan dan meminta pertukaran sekolah. Menerusi mesej berkenaan, individu tersebut menyatakan beliau belum cukup tempoh 36 bulan dalam perkhidmatan.

image is not available

“Ada cara lain tak nak mintak pertukaran negeri? Saya kena hijrah keluar dari sini.

“Sejak suami saya meninggal,saya jadi tertekan sangat. Kadang-kadang masa kat sekolah tengah mengajar pun rasa sedih, datang terus lari masuk toilet.

“Menangis puas-puas dulu baru lega. Pusing dalam rumah ni pun nampak suami saya,” tulis pengadu.

Pengadu turut risau keadaan dirinya yang akan lebih memudaratkan selain memikirkan penjagaan dan keadaan anak-anaknya.

Mesej tular ini juga telah disampaikan oleh individu menerusi ruangan komen pada hantaran jaringan X Perdana Menteri.

image is not available

Sumber: Jaringan X

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved