MESF Kecam Tindakan Pemain Esport Luar Negara, Gesa Mohon Maaf Hina Jalur Gemilang

19 Nov 2024 • 12:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Persekutuan Esukan Malaysia (MESF) mengecam tindakan atlet Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Amerika Syarikat (AS), Michael Cosgun, terhadap keterlanjurannya menghina bendera Malaysia sekali gus menggesa permohonan maaf secara terbuka.

Memetik laporan Bernama, dalam masa sama, MESF turut meminta syarikat Moontoon selaku badan induk MLBB supaya memastikan kehormatan dan keharmonian komuniti e-sukan diperkuat.

image is not available

Foto: Facebook Malaysia Esports Federation

image is not available

Foto: Instagram mobazaneofficial

image is not available

Foto: Instagram @wtmtoday

“Saya seikhlas hati ingin memohon maaf kepada rakyat Malaysia, dan juga sesiapa sahaja yang tersinggung dengan tindakan saya.

“Saya memahami bahawa niat tidak selalunya akan mencerminkan kesan tindakan kita, dan saya mengambil tanggungjawab penuh dengan hantaran itu.

“Sebagai langkah ke hadapan, saya berjanji untuk belajar daripada kesilapan ini dan memastikan ia tidak berulang lagi,” tulisnya di ruangan Instagram story.

image is not available

Foto: One Esports