Mesin Yang Menghasilkan 1900 Kali Ganda Graviti Bumi Siap Dibina Di China

WorldTechnology
8 Jan 2026 • 12:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mesin pengempar (centrifuge) paling berkuasa dunia telah dipasang di Centrifugal Hypergravity and Interdisciplinary Experiment Facility (CHIEF) yang terletak di Hangzhou pada Disember lalu. Mesin yang diberi nama CHIEF 1900 boleh menjana sehingga 1900 kali ganda tarikan graviti bumi apabila beroperasi sepenuhnya kelak. Ia memintas pengempar CHIEF1300 dengan keupayaan menjana 1300 graviti bumi yang mula beroperasi September lalu di lokasi yang sama.

image is not available

Sebanyak tiga mesin pengempar akan dibina di CHIEF dengan ia dilengkapi enam kebuk untuk menjana daya hipergraviti ketika berputar. Tekanan hipergraviti digunakan dalam kajian bahan, proses geologi, perlombongan laut dalam, kajian seismik bumi dan pemprosesan bahan. Pembinaan dimulakan pada tahun 2020 dengan keseluruhan fasiliti dijangka siap tahun depan.

image is not available

Antara kajian yang akan dimulakan ialah cara mengekstrak gas hidrat daripada lantai lautan yang di bawah tekanan yang tinggi. Sebelum eksplorasi sebenar dilakukan, teknik boleh diuji menggunakan pengempar. Hipergraviti juga boleh menguji kesan tekanan pada empangan selama beberapa dekat dalam masa beberapa jam sahaja.

CHIEF terkandung dalam pelan Rancangan Lima Tahun Ke-13 China (2016–2020) sebagai salah satu daripada sepuluh infrastruktur saintifik utama dengan pelaburan berjumlah lebih RMB 2 bilion (~RM 1.16 bilion).

View Original Article