Mesiniaga peroleh kontrak RM51.6 juta perkhidmatan infrastruktur digital daripada Maybank sehingga 2031

LocalTechnology
24 Apr 2026 • 6:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mesiniaga peroleh kontrak RM51.6 juta perkhidmatan infrastruktur digital daripada Maybank sehingga 2031 Image from: Mesiniaga peroleh kontrak RM51.6 juta perkhidmatan infrastruktur digital daripada Maybank sehingga 2031 amree24/04/2026 - 18:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 April – Mesiniaga Berhad mengukuhkan kedudukan dalam segmen infrastruktur digital apabila memperoleh kontrak bernilai RM51.64 juta daripada Maybank Shared Services Sdn Bhd.


Kontrak tersebut kata kumpulan itu kepada Bursa Malaysia, melibatkan langganan Nutanix Cloud Infrastructure (NCI), lesen perisian Ultimate serta perkhidmatan sokongan perisian kritikal misi.


Tender berkenan ujarnya, termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST), dengan tempoh selama 60 bulan dan dijadualkan siap sepenuhnya menjelang 30 April 2031 tanpa klausa pembaharuan automatik.


"Ini sebahagian aktiviti perniagaan biasa dan dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan serta aset bersih kumpulan bermula tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026," kata Mesiniaga.


Risiko utama adalah berkaitan pematuhan terhadap tahap perkhidmatan dan tempoh pelaksanaan yang ditetapkan pelanggan, namun langkah mitigasi sewajarnya diambil sehingga tamat tempoh kontrak.


Lembaga pengarah penyedia rumusan teknologi maklumat (IT) itu mengesahkan tiada kepentingan daripada mana-mana pengarah, pemegang saham utama atau pihak berkaitan dalam kontrak tersebut.


Secara keseluruhan, kontrak ini dilihat memperkukuh kedudukan Mesiniaga dalam penyediaan rumusan prasarana IT industri, khususnya segmen pengkomputeran awan dan sokongan sistem kritikal. - DagangNews.com

Terkini standard