Mesir, Arab Saudi tegaskan penyelesaian adil, komprehensif isu Palestin

WorldPolitics
16 Sep 2026 • 5:58 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Mesir, Arab Saudi tegaskan penyelesaian adil, komprehensif isu Palestin

Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menegaskan sokongan terhadap penyelesaian dua negara bagi isu Palestin.

KAHERAH: Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman pada Selasa menegaskan semula keperluan bagi penyelesaian yang adil dan komprehensif berasaskan penyelesaian dua negara serta keabsahan antarabangsa, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) yang memetik Perkhidmatan Maklumat Negara Mesir.

Kedua-dua pemimpin membuat kenyataan itu dalam pertemuan di Kaherah sempena lawatan kerja Putera Mahkota Arab Saudi ke Mesir.

Kedua-dua pemimpin menegaskan persamaan pendirian Mesir dan Arab Saudi mengenai perjuangan Palestin serta menekankan keperluan melaksanakan kewajipan fasa kedua pelan damai Presiden Amerika Syarikat (AS) dan Resolusi 2803 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Pada masa sama, mereka turut menekankan keperluan memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan dalam jumlah yang mencukupi ke Semenanjung Gaza serta menamatkan pelanggaran Israel di Semenanjung Gaza yang berdepan genosid, Tebing Barat yang diduduki dan Baitulmuqaddis Timur.

– BERNAMA, WAFA

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved