Mesir jadi bahagian penting dalam usaha Malaysia memperluaskan eksport sawit ke benua Afrika - Johari Ghani

LocalPolitics
7 Feb 2024 • 4:43 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mesir jadi bahagian penting dalam usaha Malaysia memperluaskan eksport sawit ke benua Afrika - Johari Ghani

herman

07/02/2024 - 16:43

KUALA LUMPUR 7 Feb - Malaysia merancang menjadikan Mesir sebagai bahagian penting dalam mengembangkan eksport minyak sawit ke benua Afrika menerusi 'Zon Ekonomi Terusan Suez'.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Mesir mempunyai potensi besar berikutan keudukan geografinya yang strategik iaitu menjadi gerbang masuk untuk menghubungan Malaysia dengan negara-negara di Afrika Utara.

Selain itu, kata Johari, Mesir yang mempunyai jumlah penduduk seramai lebih 110 juta orang merupakan negara yang strategik bagi industri sawit Malaysia kerana hampir 90% eksport negara ke Republik itu adalah sawit.

Terdahulu, Johari telah mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Nasir di pejabatnya semalam.

image is not available
Johari Abdul Ghani menerima kunjungan Ragai Tawfik Nasir di pejabatnya di Putrajaya semalam.

Menurut beliau, pertemuan tersebut bagi membincangkan beberapa inisiatif bagi mengeratkan lagi kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

"Dalam pertemuan ini, kami juga sedang mengkaji perkongsian antara dua negara bagi strategi pemasaran produk sawit dalam syarikat berkaitan kerajaan dengan kerjasama pemain swasta di kedua-dua buah negara," katanya menerusi media sosial beliau hari ini. - DagangNews.com